Objektif PSS :
- Memperoleh, menghasil, mengumpul, mengedar, dan menggunakan bahan/ BBM bagi meningkatkan kualiti P&P
- Membantu pelajar ke arah pembelajaran berteraskan sumber.
- Memupuk tabiat membaca dan cintakan ilmu dalam kalangan warga SMK Lubok China.
Matlamat PSS :
Pusat Sumber Sekolah (PSS) bermatlamat sebagai sebuah pusat pengumpulan bahan dan juga sebagai pusat rujukan bagi murid dan guru. PSS lebih menitikberatkan penggunaan pelbagai jenis media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu keberkesanan proses P&P.