Tuesday 30 August 2011

SALAM LEBARAN & SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-54

Kami daripada semua jawatankuasa PSS SMKLC mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54.
Sempena lebaran yang penuh mulia kami memohom beribu kemaafan jika ada salah dan silap , jika terkasar bahasa dan lain-lain lagi. Marilah kita sambut lebaran ini dengan penuh kemerdekaan yang bermakna sepertimana kita telah melawan nafsu kita selama sebulan pada bulan ramadhan yang mulia. Di bulan Syawal ini lah yang memberi kegembiraan yang tidak terkata untuk umat Islam di dunia. Di mana Rasulullah pernah menegur sahabatnya tentang hari yang penuh gembira ini, di mana Abu Bakar As-siddiq menegur wanita yang bersuka ria dan menyanyi-nyanyi pada hari ini kerana kegembiraan mereka dalam menempuh RAMADHAN yang lalu. Rasulullah menegurnya dan menyatakan " hari ini ialah hari untuk umat islam bergembira tetapi hendaklah berpatutan bukan dengan muzik yang melalaikan dan perbuatan maksiat yang mengelola " .
Pada 31 Ogos ini adalah hari yang penuh bermakna bagi rakyat Malaysia dimana tarikh ini kita telah menyambut sambutan hari kemerdekaan. Maka marilah kita sambut hari ini dengan penuh kegembiraan atas perjuangan diri kita dan elakkan diri kita dari perbuatan maksiat dalam meraikan hari kemerdekaan ini dan marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada pejuang negara kita yang telah mempertahankan tanah air kita ini ... AL-FATIHAH..

Tuesday 16 August 2011

MENCARI KEBERKATAN

Assalamualaikum.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam memperingati serta mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam agama Islam khususnya Hari Nuzul Al-Quran. Tahun ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ogos 2011. Memang sesuai sekali dengan peristiwa Nuzul Al-Quran yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

Malam Nuzul Al-Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai Nuzul Al-Quran. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”
 Amalan Yang Sering Dilakukan Pada Hari Nuzul Al-Quran.
Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, memperbanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, memperbanyakkan juga sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

Saturday 6 August 2011

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada mantan GPK 1 merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Pusat Sumber SMKLC dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber SMKLC, En. Hamdan b. Hashim kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Naning. Perkhidmatan beliau selama lebih daripada 5 tahun telah banyak meninggalkan kesan positif terhadap prestasi sekolah. Dengan bantuan beliau banyak infrastruktur dapat ditambahbaik terutamanya pembinaan bangunan baru 4 tingkat yang meletakkan Bilik Perpustakaan yang mempunyai banyak kemudahan sepanjang perkhidmatan beliau. Kami seluruh warga Pusat Sumber SMKLC mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan beliau kepada Pusat Sumber SMKLC. Jasa beliau hanya Allah SWT yang mampu balas dan jasa beliau juga akan kami kenang sampai bila-bila.  Terima kasih cikgu!