" MEMBACA AMALAN MULIA "
Friday, 28 October 2011
Penutupan Program Nilam dan Augerah Nilam Peringkat Sekolah
Sekalung tahniah buat PSS SMKLC kerana telah menjayakan program Penutupan NILAM dan Bulan Membaca. kepada pelajar-pelajar yang mendapat anugerah nilam diucapkan beribu-ribu kemaafan kepada kalian. semoga dengan anugerah ini dapat mendorong kalian untuk memajukan diri di masa kelak . untuk menjadi " mumtazan tholiban " insyallah ....
tidak ketingalan juga kepada kamiyang telah mendapat anugerah blog Q-bestari peringkat asrama ... tahniah sekali lgi diucapkan .. :-)
" MEMBACA AMALAN MULIA "
" MEMBACA AMALAN MULIA "
Tuesday, 27 September 2011
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA, KPM
Adalah dengan ini diperakukan bahawa
SMK LUBOK CHINA
dianugerahkan
PENGURUSAN BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH TERBAIK
kategori
SEKOLAH MENENGAH ANUGERAH Q_BESTARI 2011 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
anjuran
PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
(Daerah Alor Gajah, Melaka)
bertempat di
KOMPLEKS AL-KHAWARIZMI,
Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
Wednesday, 21 September 2011
SMK LUBOK CHINA
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA
PMR, SPM & STPM 2011
PMR, SPM & STPM 2011
TARIKH: 22 SEPTEMBER 2011
HARI: KHAMIS
MASA: 6.45 PETANG - 9.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN BESAR SMKLC
Thursday, 8 September 2011
BUDAYA MEMBACA
Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.
Tuesday, 6 September 2011
PUSTAKAM
Pembentangan Blog PUSTAKAM dan Penghakiman BBM PUSTAKAM akan diadakan pada 8 SEPTEMBER 2011, jam 1.30 petang bertempat di MAKMAL KOMPUTER, SMV DATUK SERI MOHD ZIN. Alhamdulillah, Blog PSS SMKLC berjaya ke peringkat ini atas bimbingan Ustazah Hamidah, En. Nasrun dan Pn. Rohaya. Kami mengharapkan sokongan dan doa semua agar peserta dari sekolah kami yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber berjaya dalam sesi pembentangan ini. Kami juga mengucapkan sekalung tahniah kepada sekolah-sekolah yang bersama-sama terpilih bagi sesi pembentangan ini. Semoga Berjaya!
Tuesday, 30 August 2011
SALAM LEBARAN & SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-54
Kami daripada semua jawatankuasa PSS SMKLC mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54.
Sempena lebaran yang penuh mulia kami memohom beribu kemaafan jika ada salah dan silap , jika terkasar bahasa dan lain-lain lagi. Marilah kita sambut lebaran ini dengan penuh kemerdekaan yang bermakna sepertimana kita telah melawan nafsu kita selama sebulan pada bulan ramadhan yang mulia. Di bulan Syawal ini lah yang memberi kegembiraan yang tidak terkata untuk umat Islam di dunia. Di mana Rasulullah pernah menegur sahabatnya tentang hari yang penuh gembira ini, di mana Abu Bakar As-siddiq menegur wanita yang bersuka ria dan menyanyi-nyanyi pada hari ini kerana kegembiraan mereka dalam menempuh RAMADHAN yang lalu. Rasulullah menegurnya dan menyatakan " hari ini ialah hari untuk umat islam bergembira tetapi hendaklah berpatutan bukan dengan muzik yang melalaikan dan perbuatan maksiat yang mengelola " .
Pada 31 Ogos ini adalah hari yang penuh bermakna bagi rakyat Malaysia dimana tarikh ini kita telah menyambut sambutan hari kemerdekaan. Maka marilah kita sambut hari ini dengan penuh kegembiraan atas perjuangan diri kita dan elakkan diri kita dari perbuatan maksiat dalam meraikan hari kemerdekaan ini dan marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada pejuang negara kita yang telah mempertahankan tanah air kita ini ... AL-FATIHAH..
Tuesday, 16 August 2011
MENCARI KEBERKATAN
Assalamualaikum.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam memperingati serta mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam agama Islam khususnya Hari Nuzul Al-Quran. Tahun ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ogos 2011. Memang sesuai sekali dengan peristiwa Nuzul Al-Quran yang berlaku dalam bulan Ramadhan.
Malam Nuzul Al-Quran
Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai Nuzul Al-Quran. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”
Amalan Yang Sering Dilakukan Pada Hari Nuzul Al-Quran.
Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, memperbanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, memperbanyakkan juga sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)